Voting

Friday, July 29, 2011

Kecil Jadi Kawan, Besar Jadi Lawan

Assalamaualaikum....

Salam di pagi Jumaat yang mulia. Jumat terakhir di bulan Sya'aban.
Peribahasa di tajuk entri di atas adalah berkait rapat dengan api.
Cerita ini juga mengenai api. Api yang kecil boleh diibaratkan sebagai kawan kerana ianya bermanfaat untuk kehidupan kita. Membantu kita dalam membuat kerja harian terutamanya untuk memasak. Sementara api yang besar akan memudaratkan kita, sangat merbahaya.

Ini dapat dikaitkan dengan satu insiden yang menimpa salah seorang warga SK Tenglu. Isnin lepas, seorang murid Tahun 3 Amanah telah cedera terkena api yang disimbah petrol ketika sedang membantu membakar sampah di rumah keluarganya. Adik Mohsin Zaki telah terbakar kira2 30% bahagian badan kirinya dan sekarang sedang terlantar di sebuah hospital di Johor Baru. Kami warga SK Tenglu mendoakan agar Adik Mohsin Zaki cepat sembuh dan dapat ke sekolah seperti sediakala. Semoga keluarga Adik Mohsin dapat bersabar dan menerima ujian ini dengan tabah.

Berikut adalah beberapa gambar Adik Mohsin yang didapati dari FB keluarganya.




No comments:

Post a Comment