Voting

Thursday, July 28, 2011

Selamat Menjalani UPPM 3


Assalamualaikum...
Salam pembuka bicara pertama untuk blog bicara Sk Tenglu ini. UPSR akan menjelmakan diri sebulab lebih lagi. Minggu ini anak-anak Tahun 6 sedang menduduki UPPM 3 atau lebih mudah lagi diistilahkan sebagai Peperiksaan Percubaan UPSR.
Kali ini mereka mendudukinya di dalam Dewan SK Tenglu. Sekadar untuk membiasakan diri mereka dengan keadaan semasa peperiksaan sebenar. Mereka kini sedang menjawab dengan penuh bersemangat. Semuanya berjalan dalam keadaan yang tenang dan damai.
Kami warga SK Tenglu mendoakan agar anak-anak semua dapat menjawab dengan baik dan menggunakan seluruh ilmu yang tercurah dengan semaksimun yang boleh. Semoga penat lelah dan jerit perih anak-anak semua akan terbalas dengan kejayaan yang membanggakan. Ingatlah kata pepatah bahawa yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Usaha tangga kejayaan



............................................................................................

No comments:

Post a Comment